Monday, May 21, 2018

WARKAH BUAT SAHABAT

SEDIH KEDIAMAN NAJIBRAZAK DI GELEDAH POLIS?
RAMAI YANG TIDAK TAHU, SELURUH KELUARGA TUN.M TELAH AWAL DI GELEDAH LHDN DAN SPRM KETIKA PPBM DI LULUSKAN ROS ATAS ARAHAN SIAPA?

Saya masih ingat apabila MAHA KLINIK dan seluruh Ahli Keluarga Tun.M termasuk Pejabat Kenchana Holding milik Tan Sri Mokhzani Mahathir di serbu dan di geledah oleh LHDN sebaik saja PPBM di tubuhkan.

IA BERLAKU PADA HARI JUMAAT

Kebetulan di hari yang sama , saya ke Rumah Kelahiran Tun.M untuk membuat liputan live di facebook mengenai salasilah Keturunan Tun.M apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu, Zahid Hamidi mendakwa bahawa Tun.M bukan Melayu dan nama sebenar Tun.M ialah Mohamad Mahadhar Iskandar Khutti.

👉Lihat Video pada link ini :https://www.facebook.com/keymarzuki/videos/10209869904733731/ saya berpakaian Solat Jumaat.

Di Jalan Pekan Melayu, berhampiran Tanjong Chali terdapat MAHA KLINIK asal yang kini di sebut sebagai MAHA ZAHER KLINIK dan di tingkat atas terdapat sebuah kedai printing turut di serbu.

https://m.malaysiakini.com/news/391480

Namun kesemua serbuan tidak mendatangkan kesan kerana kesemuanya membayar cukai dengan betul.

ADA YANG SEDIH JIKA NAJIBRAZAK DI DAKWA

Mereka juga lupa bahawa NajibRazak sangat bersungguh-sungguh mahu memenjarakan Tun.M melalui Penubuhan RCI mengenai Isu Forex, namun tidak berjaya kerana Tan Sri Nor Mohamed Yaacob akui, Tun.M tidak tahu menahu tentang kerugian tersebut.

NAJIBRAZAK menyekat Peruntukan untuk YAYASAN PERDANA, BUANG TUKANG MASAK DAN MENAMATKAN KHIDMAT PEGAWAI PENGIRING dan di Buletin Utama setiap hari wajah Tun.M di papar dalam keadaan comot di inringi maki hamun, kata nista dan fitnah oleh Ejen-Ejen UMNO.

Sahabat sekelian.
Kerja-Kerja mengaib dan menganiaya sesama Umat janganlah kita jadikan sebagai aktiviti kehidupan.
Jadilah insan yang berdisiplin punyai keikhlasan dalam memajukan diri dan keluarga, Bangsa dan Negara.

Mustahak, ikut cakap bini hanya jika perlu, janganlah sampai bini bertukar jadi laki...itu dayus namanya!